herm, nak sambung coret-coret sikit nih :) firstly nak cakap bagi sesape yang pikir blogging ni takde faedah nya, nampaknya anda SILAP! mungkin blog aku ni yang takde isi-isi yang berfaedah. mungkin jelah. tapi sebenarnya ade. cuba cari-cari :) mesti jumpe! hehe..
ok cukup intro tu. huhu. takde kaitan dengan gambar. gambar tu dah jelas di'shoot' kat Terengganu. ye, mase cuti tahun baru cina tu aku dan family pegi. takde yang menarik sangat. (bagi sesape yang berminat, boleh tengok beberapa shoot kat sini - Trip to Terengganu molek sokm0). cuma dapatlah aku tenang sikit dari pening-pening pikir itu ini. sibuk sane sini. haha. macam aku ni sibuk dengan keje plak. mungkin satu hari nanti aku masa lapang takde lagi macam sekarang ni. kalo ade pun jarang-jarang. sampaikan solat pun terbatas waktunya. haih.. susah hidup macam tu. mase jalan-jalan kat terengganu tu, aku ade selalu perhatikan orang (habit ni :p) ntahlah.. kadang-kadang aku sedih tengok diorg. especially pompuan la. mungkin dah jadi macam perkara biasa plak kalo dikaitkan dengan pemakaian diorg. sesetengah orang dah lali dah tak kesah. bile aku tengok je diorg (pompuan yang pakai tudung, baju ketat, singkat, bile duduk nampak lah segala yang tak patot..haih~) selalu bersoal-soal sendiri-sendiri. 'ape pandangan diorg ah aurat tu ape, tujuan pakai tudung tu ape.. kalo setakat pakai tudung tapi pakai t-shirt lengan pendek? ape perasaan diorg ha?' ntahla.. bagi aku diorg tu sume yang tak dapat ilmu agama. bukannya kena tunggu orang datang nak tarbiah je, tapi kena cuba faham dan disiplin.
aku sebagai insan yang masih berfikiran 'orang muda' kadang-kadang terasa lemah iman ni. tergugat jugak bile tengok orang-orang berfesyen, bersosial ni. tapi aku cuba. cuba tak nak tergolong macam diorg. Alhamdulillah, setakat ni tak terikut hati ni. ntahlah.. mungkin satu hari nanti mase dah sambung study dan dapat kawan-kawan baru. mungkin salah sorang ade yang tergolong orang yang kurang atau takde langsung ilmu agama. tapi mengaku diri tu orang Islam. dan mungkin jugak aku akan cuba untuk curahkan ilmu agama yang aku ade setakat ni. cuba mentarbiyah diorg. mungkin kurang sikit simpati dan sedih tgk keadaan diorg.. InsyaAllah~
berdoalah pada Allah supaya sentiasa beriman dan kuat untuk tempuhi segala dugaan. teringat plak mase usrah kat sekolah dulu. naqibah selalu cakap pasal dugaan bile keluar sekolah. tak semua yang dapat tempuhi dengan kuat dan baik.. semuanya bergantung pada bekalan tarbiah yang dicurah-curahkan mase kat sekolah. sape abaikan dulu habislah. menyesal dan pastu cari la tarbiyah yang ade kat sekeliling sendiri. merangkak-rangkak..
"kalau jatuh tersungkur kat tengah jalan tu memang susah nak bangun sendiri. melainkan ade orang yang sanggup tolong pimpin dan bangun berdiri macam biasa (diri sebenar).."
huerm.. itulah namanya kehidupan. berliku-liku. tak pernah licin dan selalu sempurna. kalo tak, takde la kita rase iman kita tu cukup mantap, 'masak' atau tak. ntahla.. aku cuma mampu berdoa, menjauhi dan terus berdoa untuk diri dan diorg. Allah itu kan Maha memakbulkan!
wassalam..
ooo...wee..
1 hour ago


4 tindakbalas:
salam singgah..
(",)
to bang_gugar:
TQ, have a nice trip :)
salam...aslih nafsi wad'u ghoirok.
uhibbukifilLah!~
to anonymous:
salam..ana aidhon :)
btw, sape ye kamu?
Post a Comment