herm, nak sambung coret-coret sikit nih :) firstly nak cakap bagi sesape yang pikir blogging ni takde faedah nya, nampaknya anda SILAP! mungkin blog aku ni yang takde isi-isi yang berfaedah. mungkin jelah. tapi sebenarnya ade. cuba cari-cari :) mesti jumpe! hehe..
ok cukup intro tu. huhu. takde kaitan dengan gambar. gambar tu dah jelas di'shoot' kat Terengganu. ye, mase cuti tahun baru cina tu aku dan family pegi. takde yang menarik sangat. (bagi sesape yang berminat, boleh tengok beberapa shoot kat sini - Trip to Terengganu molek sokm0). cuma dapatlah aku tenang sikit dari pening-pening pikir itu ini. sibuk sane sini. haha. macam aku ni sibuk dengan keje plak. mungkin satu hari nanti aku masa lapang takde lagi macam sekarang ni. kalo ade pun jarang-jarang. sampaikan solat pun terbatas waktunya. haih.. susah hidup macam tu. mase jalan-jalan kat terengganu tu, aku ade selalu perhatikan orang (habit ni :p) ntahlah.. kadang-kadang aku sedih tengok diorg. especially pompuan la. mungkin dah jadi macam perkara biasa plak kalo dikaitkan dengan pemakaian diorg. sesetengah orang dah lali dah tak kesah. bile aku tengok je diorg (pompuan yang pakai tudung, baju ketat, singkat, bile duduk nampak lah segala yang tak patot..haih~) selalu bersoal-soal sendiri-sendiri. 'ape pandangan diorg ah aurat tu ape, tujuan pakai tudung tu ape.. kalo setakat pakai tudung tapi pakai t-shirt lengan pendek? ape perasaan diorg ha?' ntahla.. bagi aku diorg tu sume yang tak dapat ilmu agama. bukannya kena tunggu orang datang nak tarbiah je, tapi kena cuba faham dan disiplin.
aku sebagai insan yang masih berfikiran 'orang muda' kadang-kadang terasa lemah iman ni. tergugat jugak bile tengok orang-orang berfesyen, bersosial ni. tapi aku cuba. cuba tak nak tergolong macam diorg. Alhamdulillah, setakat ni tak terikut hati ni. ntahlah.. mungkin satu hari nanti mase dah sambung study dan dapat kawan-kawan baru. mungkin salah sorang ade yang tergolong orang yang kurang atau takde langsung ilmu agama. tapi mengaku diri tu orang Islam. dan mungkin jugak aku akan cuba untuk curahkan ilmu agama yang aku ade setakat ni. cuba mentarbiyah diorg. mungkin kurang sikit simpati dan sedih tgk keadaan diorg.. InsyaAllah~
berdoalah pada Allah supaya sentiasa beriman dan kuat untuk tempuhi segala dugaan. teringat plak mase usrah kat sekolah dulu. naqibah selalu cakap pasal dugaan bile keluar sekolah. tak semua yang dapat tempuhi dengan kuat dan baik.. semuanya bergantung pada bekalan tarbiah yang dicurah-curahkan mase kat sekolah. sape abaikan dulu habislah. menyesal dan pastu cari la tarbiyah yang ade kat sekeliling sendiri. merangkak-rangkak..
"kalau jatuh tersungkur kat tengah jalan tu memang susah nak bangun sendiri. melainkan ade orang yang sanggup tolong pimpin dan bangun berdiri macam biasa (diri sebenar).."
huerm.. itulah namanya kehidupan. berliku-liku. tak pernah licin dan selalu sempurna. kalo tak, takde la kita rase iman kita tu cukup mantap, 'masak' atau tak. ntahla.. aku cuma mampu berdoa, menjauhi dan terus berdoa untuk diri dan diorg. Allah itu kan Maha memakbulkan!
wassalam..
Monday, February 11, 2008
Hidup yang berliku-liku
pada 6:40 PM dinukilkan oleh cik k0ala 4 tindakbalas
Tuesday, February 5, 2008
Dari hijau ke hitam?
apa salahnya kan. sekali sekala bertukar 'mood'. dengan template baru ni adelah sikit semangat nak teroskan update blog ni. lagipun hitam tu kan kemas (iklan head & shoulder) haha. teringat plak sketsa kat sekolah dulu. pink tu kan cumel. herr. mana tau satu hari nanti blog ni akan diselubungi dunia pink. sape sangke. ntahla..
huerm, nak coret sikit pasal life skarang. biarla nak ngarut-ngarut kat sini. dah lama tak menaip. nak menaip puas-puas ni :) so far hidup aku masih lagi terurus dengan baik. aku mampu lagi bertahan dengan hidup ni dengan TIADA aktiviti yang berfaedah. haha. takdela. keje-keje umah tu ha. sentiasa menunggu masa je untuk dibuat. toilet kat umah aku ni pon tunggu untuk dicuci je. macam aku sorang je tinggal kat umah ni. tapi aku takdela kisah sangat. kalo tak habis ber'lemak' la. haih. ntahla sampai bile nak bertahan macam ni. kalo korg nak tau skarang ni aku ade tabiat yang cam agak melampau la jgk. cakap kat tepon sampai sejam atau lebih (free) sampai panas-panas hangit tengik telinga uh. tepon ape lagi buleh goreng telor :o ha. ntah ape-ape. kalo on komputer tak sedar dah bape lama guna :) tapi jarang ar tanpa sebarang gangguan. ade-ade je yang datang nak mengaco. herr. cite online, movie, drama, sketsa sume aku nak teroka dan sedang terokai. he. biarla terisi jugak masa aku.kan?
herm.. aku pon skarang ade banyak benda nak fikir. naik pening aku. psal nak sambung study lps ni la. haih. series pening. rase cam malas dah nak fikir pape. kalo bule nak biar je. bile dah sampai mase baru gelabah. ish. tak nak aku. aku bukan macam tu. nasihat kawan aku. takpe, slow-slow fikir. Allah akan mudahkan! amin~ ntahla ape nak jadi dengan aku. harap-harap tak berbelit urat pale aku. hu. hari isnin. esok selasa. lusa rabu. khamis cuti..!! yeay.. macam-macam nak buat ni :) tapi ntah bape hari je. pastu aku nunggu berbulan-bulan macam biasa. bosan. aku tgh cuba nak jadikan hidup tak bosan dgn astro :)
mm.. ape lagi ek aku nak cite kat sini? tak pernah-pernah nak coret-coret cite plak. haha. ok waktu skarang solat zuhur la. so, nanti plak mau coret-coret. lagi sebulan ke? haha.
p/s:sape-sape yang perasan, ade beberapa post terpaksa di'delete'kan.hu
wassalam..
pada 3:01 PM dinukilkan oleh cik k0ala 0 tindakbalas

