Monday, March 9, 2009

Saya cuti. kamu?

Salam.

Ohh, pembaca yang sentiase diundang.. ape khabar? (ayat berbunga-bunga manis ni). berkira-kira juga saya memikirkan hal "blogging" ni. dah lame sangat terpendam. tentang ape yang lahh sangat yang memenuhi ruang pemikiran saya? mungkin saya mula merasakan tahap kebosanan, mungkin lahh `kan dah kate tadi! tak pun masa sangat membatasi saya dari melakukan perkara-perkara remeh seperti ini. leceh betol lahh! tapi setakat ni saya memilih untuk menuruskan dulu. bila lahh persaraan saya ya?

Apa-apa pun, sekarang saya berada di tahap genting dalam hal study. yelah, sekarang dah cuti sem. cuti sebagai tanda penghargaan kepada pelajar-pelajar yang rajin berjaga sehingga lewat malam seperti saya. ha ha.. juga tanda sem satu, tahun baru akan datang. ahh, bersyukur sangat saya berjaya akhirnya tamatkan sem dua ni dengan baik. serius, sangat bersyukur. tiada langsung gangguan mental, seperti kenalan yang lain di tempat saya. sehingga ada yang menjerit-jerit di dalam dewan peperiksaan. `kisah benar ni =S

Tahniah juga buat kawan-kawan sebatch yang akan ke main camp terlebih dahulu. harap-harap korang sume tak sangkut dengan mana-mana paper. he he.. Good Luck!

takpe lahh abaikan isu itu. tak hott pon

Eh, sekarang ni kan tengah hott demonstrasi membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Apa kata korang? setuju ke? Jom kite tengok korang punya respons. `balaslah di komen box, kalau rajin lahh =)

wassalam..

Baca baki entri ini..