
Bismillah..
"Kelakar lah crite tuu"
"Hehehe.."
"Fatin bila pulak?"
Post ini berbaur emosional dan agak personal, ditujukan khas buat sahabat-sahabat yang dikira ahli keluarga saya yang kedua. Juga sekadar memuaskan hati mereka :)
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya..
Keluarga saya ini terdiri daripada 21 0rang. Hidup di asrama Nilai memang begini. Sebijik macam kehidupan di asrama sekolah dulu-dulu. Ramai yang tak suka, kononnya tak sama setaraf dengan gelaran pelajar 'U'. Kami bukan lah pelajar 'U' lagi, tapi pelajar pra-'U' okay.
Sebenarnya saya bertemunya keluarga ni masa mula-mula lagi menjejakkan kaki di CFS, tapi bukan semuanya, separuh je. Lagi separuh kami bergabung masa short sem. Masa tu kami tak dapat bilik sendiri, malah kene bergabung dengan bilik yang lain.
* * * * *
Ukhuwah kami memang rapat. Kalau masa makan kami akan buat satu 'meja' yang sangat panjang. Lebih-lebih lagi masa berbuka puasa. Masa study pulak kalau students HS macam saya selalunye bile nak exam, kami akan study berjemaah kat bilik je. Kalau mood nak ke meja study, maka saya akan duduk bersebelahan dengan Shakila. Meja saya kadang-kadang jadi tempat serbu sebab ada peta dunia yang sangat besar, even kawan bilik sebelah pun datang ;)
* * * * *
Rindu dengan bilik. Bilik dimana saya memperkuatkan ukhuwah kerana Allah, bilik dimana saya dapat mengajak sahabat-sahabat join aktiviti mingguan Pembina dengan mudah, bilik dimana saya belajar mengenal erti persahabatn yang sebenar, bilik dimana saya menyedari kesilapan saya dikala masa sekolah dulu, bilik dimana saya mengenal ragam manusia yang unik, pelik dan kelakar, dan juga bilik dimana saya selalu ingin tuju jikalau saya terasa sangat stress berada di rumah.

Rindu jugak dengan ahli keluarga saya;
Nora sahabat saya sejak di bangku sekolah lagi (tingkatan 4) dan dia jugak ahli usrah saya. Tak pernah lagi berpisah sejak habis sekolah. Katil dia sebelah tingkap, sangat best untuk dapat angin segar pagi! Suka sangat kongsi crite dengan dia.
Nadh dulu jiran katil atas, sekarang dah pergi jauh. huhu.. Lebih suka senyap dari bercakap.
Bell suka sangat kumpol baju tak basuh. hihi.. suka sangat
shopping! Kalau
time study, telinga mesti sumbat
earphone. Pffft! penat panggil.
Yana sahabat yang suka dengar saya membebel. Tak kisah lah bebel pasal ape. Nak cakap pasal blog memang Yana lah orangnye. Mase awal-awal dulu, laptop die jadi serbuan orang ramai. Baik betol die :) Parents dia pulak, boleh dikatekan setiap minggu datang bawak makanan. Melimpah ruah betul rezeki! Hamdulillah..

Ha!
Bilah. Dia ni tua setahun dari saya, tapi
I'm the only one yang tak panggil dia 'kak', sebab? dari awal ingat dia sama umur. So dah susah nak tukar gelaran. Saat saya menangis, bergelak tak ingat dunia, bernyanyi, study, nak mengadu.. banyak nya dekat dia lah. huhu. Saya belajar kecek klate ni dari dio jugak lah. Kalau
time dia nada marah mesti nak tergelak. huahua :D Rindu jugak pada
Syikin, kalau online memang tak hiraukan keadaan sekeliling. Suka sangat
download video comel dari Youtube. Selalunya saya akan tutup lampu sebelum tidur, tapi Syikin lah orang yang akan buka balik dalam sejam kemudian, sebab? takut lah! hehe.
Jiran dia,
Mursyi. Rindu dia.. Jiran loker saya juga. Pernah sekali one drop perfume dia pecah, habis satu bilik bauu! Yang tak leh lupa, kalau bab makan.. tersangatlah lambat! isk isk.. Hasan @ Hasanah. Ratu tidoq. Isk. Suka sangat tidoq kat tengah jalan.
Time orang sibuk buat persediaan
exam.. dia? 'weh aku nak baca apa ni?' isk isk. Bab nasi kerabu, kerepek, HPA, baju ke, boleh kasi Hasan lah. woho~
Gie, tak sah kalau tak sambung crite orang. hehe. Gie, kalau awak takde memang kte asyik tidur awal jelah. huhu. Gie selalu gaduh dengan Laili. Isk isk.
Laili pulak orang yang sangat gelabah apabila tudung tak jadi. Kalau boleh nak ke dewan
exam sejam awal! huhu. Suka sangat pasang
alarm lagu apentah dan sangat kuat, tapi jarang bangun okay.
Kila? hmm.. Jiran meja study saya! Dulu selalu main tazkirah-tazkirah sebelum start study. Tapi makin lame dah berkurangan pulak. Kenape ye? huhu. Kila memang suke tidur awal.
Aiza, sekelas dengan dia
since first sem lagi. Suka mengadu pasal tak puas hati kelas kat dia. Dia gelar kan saya '
scorer'. Isk isk.. Terer jugak main Rubik's Cube dan selalu jugak study dengan dia.
Uya ni sejak sem lepas dah jadi macam budak
off campus. Haritu pernah kereta dia konon-kononnye kena curi, gelabah dia. huhu..
Muni? Ergh, susah nak bangun awal pagi. Kalau kelas pukul 8, dia akan bangun jam 7.35, isk isk. Kalau bab nak rosakkan slang orang, kami berdua lah. kang muninng?? dah banyak sangat kami punya vocab. hihi ;)
Sumei.. hmmm.. jiran katil. Suka sangat menyanyi, penat tegur. Asyik langho punya je. kehkeh.. Dulu selalu sangat perang mulut dengan dia.
Jowi pulak jiran katil atas saya. Jarang ada di bilik, kalau balik pun untuk tidur saja. Tapi,
once ade orang
call die time die takde kat bilik. Pehh, macam kat disko maa~ Aini?
Aini boleh
survive dimana-mana.
Survive di sini bermaksud boleh tidur di mana ceruk pun. hoho. Kira satu geng dengan Hasan lah. Kalau time orang sibuk study pun, dia rilex jer ;) Bijak tak per lah. Jirannya,
Shafika. Jarang berborak dengan dia. Sekali dapat online, memang kadang tak sedar pun dia wujud di bilik. huhu.
Izzah seorang sahabat yang suka senyum dan mendengar crite sahabat yang lain. Sungguh baik hati dia :)
Farha dan
Syela disimpulkan sekali sebab mereka seumpama belangkas! Kalau salah seorang tak de, mesti tak 'hidup' seorang lagi tuu. huhu.
Sungguh rindu. Hanya hubungan kerana Allah itulah betu-betul barakah. Indahnya!
P/S: Sepmu! baca coretan
Muni &
Syikin too.
P/Ss: 3 gambar di atas open house di rumah saya, gambar ke-4 open house di rumah Muni dan gambar ke-5 di bilik
(preparation for final exam).Wassalam.
Baca baki entri ini..